Menu Utama
 
aObjektif dan Misi
  • Objektif utama penubuhan adalah untuk mengeluarkan produk berasaskan puyuh yang berkualiti tinggi serta dihasilkan pada kos yang minima dengan pengeluaran kuantiti yang besar bagi menampung pasaran tempatan dan antarabangsa.
  • Dengan kos yang rendah, harga puyuh boleh diletakkan pada harga yang berpatutan bagi menyaingi harga pasaran sedia ada.
  • Sekaligus menimbulkan persaingan sihat di kalangan penternak dan lebih efisien dalam pengurusan ladang serta lebih bersistematik dan juga kos pengangkutan dari ladang dapat dikurangkan.
  • Memastikan pasaran produk berasaskan puyuh mencakupi ke seluruh dunia dan menjadikan ia sebagai makanan varian utama untuk bersaing dengan ayam
 
aKronologi Pembangunan
Tahun 2002
  • Merancang pembangunan perternakan puyuh pendaging.
  • Menjalankan kajian secara teori melalui laman web, buku rujukan, dan majalah penternakan.
Tahun 2003
  • Mengikuti kursus penternakan puyuh pendaging secara komersial di IKTA (Institut Kemajuan Ternakan Ayam).
  • Mendapatkan rujukan dan kerjasama dari Jabatan Veterinar Melaka.
  • Menjalankan kajian R&D penternakan awal sebanyak 1200 ekor bagi “Pengubahsuaian Suhu Hoover” dan “Keluasan Pembukaan Perindukan dan Pembesaran”.
  • Menjalankan kajian pasaran dan meninjau lokasi pasaran di sekitar pasaraya dan kedai makan seluruh negeri Melaka.
  • Meninjau pengurusan ternakan puyuh di ladang di Kedah, Johor, dan Negeri Sembilan.
  • Mendapatkan sokongan pemasaran dari FAMA.
Tahun 2004
  • Melaksanakan R&D secara berterusan dari segi perindukan dan pembesaran.
  • Menjalankan pembahagian pemakanan kepada 3 peringkat.
  • Mengenal pasti jenis gred dedak , vitamin, glukosa dan antistress.
  • Menjalankan kajian R&D  “Pengubahsuaian Suhu Hoover 2” dan “Keluasan Pembukaan Perindukan dan Pembesaran 2” serta pembahagian pemakanan dan sukatan vitastress secara beperingkat.
  • Menjalankan kajian secara menyeluruh dari segi penggredan, pembungkusan, pemprosesan, penceluran dan pemyembelihan mengikut etika Standard Performance.
  • Standard Performance di hasilkan secara berperingkat-peringkat, dan dikelaskan mengikut kategori pecahan.
  • Penamaan syarikat Puyumas Farmbest Enterprise

 

Next >>
Official Partner
 
Our Partner
 
Pautan Lain
 
Copyright © 2008 puyumas.com.my. All rights reserved . Powered by Media Think
Best view with Internet Explorer and Flash Player 8